antara ilham dan warisan

Imej khas: Senja di lapangan terbang. Pix oleh Juana Jaafar.


Tidak ku sangka setelah begitu lama

Ku sangka telah berakhir segalanya
Tidak ku terfikir untuk mengangkat pena
Apa lagi menghidupkan yang mati semula

Bukan ku lupa semangat, prinsipnya
Karya yang meransang minda dan jiwa
Sebuah perjuangan seorang tua
Yang kaya berilmu, pusaka tiada

Tetapi apakah akan ku dapat menjayakan
Sepertimana yang seringkali disaran?
Tidak ingin si mati ku cuba hidupkan
Jika semangatnya tidak kesampaian …

Restu daripada si Tuan pena
Izin daripada yang Maha Esa

Berikanlah pedoman kepada anakanda.

Share your comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.