2

Perempuan, politik dan pilihanraya

Imej khas: Kibaran bendera simbol bunga raya yang digunakan seorang calon bebas di Port Dickson pada Pilihanraya Umum ke-13 tahun 2013. Pix oleh Juana Jaafar.


Perbualannya

Edisi podcast kali ini mengupas tentang keterlibatan perempuan dalam politik dan proses pilihanraya tanahair termasuk peranan media dalam membentuk persepsi masyarakat dalam hal ini. Perbualan turut menyentuh beberapa isu semasa dalam politik Malaysia.

Bahagian 1 memfokus kepada tahap kesedaran gender pengundi perempuan, keterimaan masyarakat dan media terhadap penampilan ahli politik perempuan serta inisiatif-inisiatif pergerakan perempuan dalam pilihanraya.

Bahagian 2 antara lain menilai impak pergerakan perempuan dalam pilihanraya, mengupas isu-isu struktur dalam media yang menghalang kemajuan perempuan, mengimbas sasaran representasi perempuan dalam pilihanraya dan isu Rang Undang-Undang 355.

Tiga orang undangan berkongsi perspektif dan pengalaman mereka:

GAYATHRY VENKITESWARAN seorang aktivis yang berkecimpung dalam isu kebebasan media dan kebebasan bersuara.

TAN BENG HUI seorang akademik dan aktivis yang cenderung kepada penyelidikan pempolitikan etnik dan agama di Malaysia. Beliau juga aktif dalam inisiatif-inisiatif untuk memperkukuhkan pergerakan perempuan dan feminisme serta hak seksualiti. Beng Hui adalah pengarang bersama Feminism and the Women’s Movement in Malaysia.

MASJALIZA HAMZAH seorang aktivis hak asasi manusia yang memperjuangkan hak perempuan dan kebebasan bersuara. Beliau berpengalaman dalam bidang kewartawanan dan juga pernah bekerja di beberapa pertubuhan masyarakat sivil.

Dengarkan

Rujuk silang

Women’s Candidacy Initiative (WCI) ditubuhkan pada tahun 1998 untuk menyokong kempen pilihanraya Zaitun Kasim (Toni) yang menolak naratif politik perkauman dan sebaliknya bertanding atas dasar hak perempuan. Lantas pencalonan beliau dalam Pilihanraya Umum ke-10 tahun 1999 secara langsung menjadi titik bersejarah dalam politik dan pilihanraya Malaysia.

WCI sebagai kolektif merangkumi jaringan keahlian perempuan dan lelaki yang mahukan lebih ramai perempuan menjadi wakil rakyat bebas di Parlimen. Walaupun Toni tewas dalam pilihanraya tersebut, WCI percaya inisiatif mereka berjaya meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu-isu kepentingan perempuan.

WCI diaktifkan semula pada Pilihanraya Umum ke-12 tahun 2008 untuk menyokong pencalonon Toni buat kali kedua. Walaubagaimanapun atas sebab kesihatan beliau tidak dapat meneruskan hasrat untuk bertanding. Berikutan itu WCI mengubah strategi dan mesej mereka kepada sebuah kempen kesedaran pengundi.

Kempen tersebut cuba mempengaruhi pengundi untuk menggesa calon-calon pilihanraya daripada semua parti politik agar mengambil berat tentang isu-isu kepentingan perempuan. Untuk tujuan ini WCI menggunakan pendekatan kreatif dan unik dengan seorang karaktor rekaan yang dinamakan ‘Mak Bedah’.

Mak Bedah mewakili arketip seorang “makcik” dalam lingkungan umur 40-an yang yakin akan pendapatnya serta berani bersuara. Dengan pemakaian selendang berwarna unggu para aktivis WCI bergilir-gilir menjadi Mak Bedah dan menghadirkan diri di ceramah-ceramah untuk menyoal calon-calon pilihanraya tentang pendirian dan komitmen mereka terhadap isu-isu kepentingan perempuan.

Prinsip WCI adalah setiap individu di Malaysia berhak diwakili oleh kerajaan yang demokratik dan di mana setiap individu adalah setara. WCI berpendirian bahawa representasi perempuan di Parlimen perlu ditingkatkan untuk mencapai hasrat demokrasi ini.


Sumber: Global Fund for Women dan Democracy and Governance Network.

Bacaan tambahan

Saya bertuah dapat menemuramah TONI KASIM sebelum Pilihanraya Umum ke-12 pada tahun 2008 untuk rencana tentang kepimpinan perempuan muda dalam politik.

Berikut petikan daripada rencana yang diterbit dalam majalah Tell pada bulan Mac tahun itu.


Zaitun Mohamed Kasim, or Toni Kasim, feels sad for young women involved in political parties because they have to work so hard to prove their self worth. On the one hand they have to convince their elders they are worthy of their stripes. On the other, they have to compete with the seniors for seats and positions in elections. That is if at all they can participate in the contest.

“The formation of women’s youth wings reflects that political parties have come to recognise young women as a caucus. But it has been many years now since these wings were established and it looks like the main parties are still treating them like a kindergarten unit,” she said.

Age and experience always come into the equation when young members want to climb party ranks, or when parties decide on their election candidates. Toni, who ran as an independent parliamentary candidate in the 1999 general election, does not think age should be a deterring factor.

“If age was a problem, running at the age of 32 would not have allowed me to gain 43% of votes in Selayang against a strong incumbent,” she said. Toni is a member of the Women’s Candidacy Initiative which promotes direct participation of civil society in the electoral process.

“The women’s wing must have a shelf life. Indeed, it allows space for women to come together in politics, but until when? When can they run for party leadership? Or are they destined to just head the women’s wing? Women want to be heard so they become members of a political party. But when they join, they get buried,” she added.

In 2005, a parliamentary vote on amendments to the Islamic Family Law saw women senators outraged and close to voting against the bill. They were soon forced to change their minds after Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Nazri Aziz threatened to invoke the party whip if they did not comply.

“I think some women representatives are doing good work but they are also inhibited by the party they belong to. I do not see the point of them being in parliament if they have to toe the line on positions that they and their constituents do not agree with. This is why it is important to have independent women parliamentarians,” Toni said.

(An excerpt from “Crouching Tigers in Malaysian Politics: Young Women and Their Chance to Lead.” Tell, March, 2008.)


Al-Fatihah

Mengenang jasa dan keberanian Toni Kasim (1967-2008),
aktivis hak asasi manusia dan calon pilihanraya yang pertama bertanding
atas dasar hak perempuan.

Comments 2

    1. Post
      Author

Share your comment